Wednesday, July 23, 2014

Krabi..Summer Vacation

Cerita dah basi pun tapi tak kira..saya nak cerita jugak.

Percutian ke Krabi ini telah berlangsung dgn jayanya pada bulan Oktober 2013..hehehe

Walaupun hanya 3 hari sahaja berada di sana tapi bagi saya itu sudah memadai kerana saya bukanlah seorg penggemar aktiviti pantai jauh sekali utk bermandi manda mahupun snorkelling. Hanya mr suami yang sudi bersnokelling di pulau Phi Phi yg cantik itu sementara saya lebih rela menjadi pemerhati tegar.

Ditambah lagi dgn keadaan cuaca panas yg agak ekstrem ketika saya mengunjungi pulau terbabit. Mulalah rasa tak selesa..rimas..belengas.Rasa mcm terbakar kulit. Boleh pulak terlupa nak tepek sunblock..haih...tertinggal kat hotel sebenornya...

Bab mkn usah risau sebab berlambak restoran/gerai yg menyediakan makanan halal. Cuma atas kerelaan diri sendiri lah samada sudi atau tidak sudi menjamahnya.

Saya tidak melepaskan peluang mencuba menu padthai di sini. Alhamdulillah..restoran yg saya pilih itu menyediakan padthai yg sedap dan lazat..hehehe. Cuma saya tidak dpt merasa keenakan lempeng pisang yg di gembar gemburkan sedap yg dijual di gerai yg bersepah sepanjang jalan di pantai Aonang itu. Bukan apa..tekak ni kembang bila melihat aspek kebersihan para peniaga gerai yg amat kurang memuaskan..huhuhu

Tahap keseronokan bercuti di sini bagi saya biasa biasa saja. Pendek kata tak terlintas pun di fikiran ni utk berkunjung lagi buat kali yg ke dua. Uh uh uh...

Cuma mungkin saya akan merindui tomyamnya yang super duper sedap itu..ngeh..ngeh..

No comments:

Post a Comment