Thursday, July 31, 2014

Rumah Pusaka AyahBonda

"Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lakumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi

Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal

Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, Pulanglah selalu"

~Ya Allah..serius saya hiba sangat bila dengar lagu ini..dendangan Ramlah Ram. Rasa kena sangat dengan diri saya dan rumah pusaka tinggalan ayahbonda yg tercinta.Inilah rumah tempat saya membesar. Dirumah ini jugalah arwah bonda menghembuskan nafas terakhir. Alfatihah utk ayah dan bonda ~

Tuesday, July 29, 2014

Durian & Petai Di Aidilfitri

Hahaha..tajuk entry yg x hengat khennnn...

Kunjungan raya kami ke Dungun hari ini bagai bulan jatuh ke riba. Yahoo..saya dan suami memang hantu durian dan petai. Alhamdulillah rezeki ini memang kami takkan tolak. Muntah durian dan petailah kami hari ini..hahahaha..

Sila makan sampai lebam! Hohoho..

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir batin..
Kami bercuti selama seminggu di Terengganu..
Woohooo!!

Sunday, July 27, 2014

Rendang Ayam Saya

Sehari sebelum raya inilah aktiviti saya di kampung halaman..hehehe

Sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkan 4 ekor rendang ayam..

Mr suami pun bersemangat tolong kacau dan jaga apinya..maklumlah kami guna dapur kayu..tradisional sungguh kan kehkehkeh..

Uihh...Tak sabar nak menikmatinya time berbuka nanti..

Selamat berbuka puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri..maaf zahir batin ya..

Saturday, July 26, 2014

Balik Kampung!

Aduh..
Kalau jem lagu gini...mau mlm nanti baru sampai kg saya...huhuhu..

Lokasi gambar : highway karak..

Bertabahlah.....krik..krikk..krikkk

Wednesday, July 23, 2014

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..
Ini adalah rezeki Aidilfitri ini tahun..
Terima kasih byk byk ye Boss
Semoga rezeki boss senantiasa murah supaya rezeki kami juga murah..
Ngeeeeeee...
~sengih sampai ke petang semua dak opis ari ni ~

Krabi..Summer Vacation

Cerita dah basi pun tapi tak kira..saya nak cerita jugak.

Percutian ke Krabi ini telah berlangsung dgn jayanya pada bulan Oktober 2013..hehehe

Walaupun hanya 3 hari sahaja berada di sana tapi bagi saya itu sudah memadai kerana saya bukanlah seorg penggemar aktiviti pantai jauh sekali utk bermandi manda mahupun snorkelling. Hanya mr suami yang sudi bersnokelling di pulau Phi Phi yg cantik itu sementara saya lebih rela menjadi pemerhati tegar.

Ditambah lagi dgn keadaan cuaca panas yg agak ekstrem ketika saya mengunjungi pulau terbabit. Mulalah rasa tak selesa..rimas..belengas.Rasa mcm terbakar kulit. Boleh pulak terlupa nak tepek sunblock..haih...tertinggal kat hotel sebenornya...

Bab mkn usah risau sebab berlambak restoran/gerai yg menyediakan makanan halal. Cuma atas kerelaan diri sendiri lah samada sudi atau tidak sudi menjamahnya.

Saya tidak melepaskan peluang mencuba menu padthai di sini. Alhamdulillah..restoran yg saya pilih itu menyediakan padthai yg sedap dan lazat..hehehe. Cuma saya tidak dpt merasa keenakan lempeng pisang yg di gembar gemburkan sedap yg dijual di gerai yg bersepah sepanjang jalan di pantai Aonang itu. Bukan apa..tekak ni kembang bila melihat aspek kebersihan para peniaga gerai yg amat kurang memuaskan..huhuhu

Tahap keseronokan bercuti di sini bagi saya biasa biasa saja. Pendek kata tak terlintas pun di fikiran ni utk berkunjung lagi buat kali yg ke dua. Uh uh uh...

Cuma mungkin saya akan merindui tomyamnya yang super duper sedap itu..ngeh..ngeh..

Seriau..

Disaat misteri MH370 belum lagi selesai kita dikejutkan pula dgn tragedi menyayat hati MH17..Allahuakbar!

Serius..saya skrg cukup seriau utk melalui perjalanan yg melibatkan kapal terbang..

Ketika menaiki pesawat ke JB minggu lepas pun perasaan saya sungguh tidak keruan walaupun hanya sejam shj berada di dlm pesawat itu.

Berbeza ketika ke Europe tahun lps, walaupun perjalanan memakan masa selama 13 jam..saya rilek je..huhuhu..puas tgk movie..tidur..pastu makan..dan tidur lagi..

Ketika ke Korea juga perjalanan selama 6 jam tidak terasa lama..makan..tidur pastu celik je mata dah sampai Incheon Airport.

Payah jugak nampaknya nak hilangkan rasa phobia naik kapalterbang ni dlm masa terdekat..aduhh..dahla hujung tahun ni ada perancangan dgn mr suami tercinta untuk berpeleseran di Kota Paris...huhuhu..acanner tu?

~AL FATIHAH kpd semua mangsa MH17 yg beragama islam~

Teringin nak ke Korea lagi andai ada peluang hehehehe..syok woo..winter di Korea..

Tuesday, July 22, 2014

Entry Pertama Saya Ditahun 2014....

Assalamualaikum..
Lama bebenor tidak bersiaran di alam cyber ini..huhuhu..
dah bersawang dah blog saya yang sekadarnya ada ini..haih..sedih sungguh..
insyaallah..
saya harap ini bukan entry terakhir utk tahun ini..byk nak cerita ni..hehehe..
ok..cau dulu..nanti nanti saya sambung ya..

Momen Indah di Pulau Nami..Percutian Winter Sonata saya dan mr suami tahun lepas...