Saturday, December 20, 2014

My Weekend Vacation..

Enjoy my life to the fullest!
~jangan pernah berhenti berharap!~

Wednesday, December 3, 2014

Bila Dapur Ku Berasap!

Wordless Wednesday..
Bila Dapurku Berasap!
Sekian...

Wednesday, October 22, 2014

Eat Now Cry Later!

Aah...bila dah jumpa mende ni memang saya sudah tak pikir lain dah..

Ok...eat now..cry later ya..hahahaha

Happy Birthday My Love!

Tanggal 20.10.2014.
Happy Birthday My Love..
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mencapai segala yang diimpikan selama ini...
Terima kasih kerana mewarnai dunia rumahtangga kita dengan sepenuh kasih sayang dan cinta yang tak pernah surut..

Wednesday, September 17, 2014

Perancangan Cuti Hujung Tahun

Sekarang tgh godek godek mencari maklumat tempat percutian yg menarik utk hujung tahun ni...
Nampaknya percutian ke Europe hujung tahun ni terpaksa di K.I.V dulu ye..
Nak cari dlm Malaysia je..huhuhu..masih trauma nak naik flite utk jangkamasa berejam rejam..huhuhu
Masa balik ke KL dari kota bharu naik flite yg cuma sejam sahaja semlm pun rasa seriau tak hilang lagi.
Mulanya lepas kiv niat nak ke europe saya berangan nak g Bandung. Nak shopping sampai muntah katanya. Tapi..kena naik flite jugak kan..huhu..so..kiv jugakla hahaha

So...misi mengumpul maklumat percutian dlm Malaysia sedang rancak berjalan sekarang ye..hehehe

Sunday, September 14, 2014

Cuti Cuti Di Kota Bharu

Ok...hari ini kami berlepas ke kota bharu untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak saudara. Kami kesana menaiki fire fly. Sedikit gentar namun saya gagahkan jua. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami ini. Aminnnn...

Selamat pengantin baru to my nephew!

Wednesday, September 3, 2014

Ikan Bakar Petai

Disini hari ini.
Restoran ana ikan bakar petai.
Hendak mencuba kelazatan ikan bakarnya yang diwarwarkan sedap hingga menjilat kaki..kikikiki
Selamat menjamu selera ya...

Monday, September 1, 2014

14 Tahun!

Real love stories never have endings..Happy 14th Anniversary!

Saturday, August 30, 2014

Tetamu

Ada tetamu dari Terengganu datang umah.

Hehe..yg dtg ni keluarga mertua nephew mr suami. Urusan pendaftaran adik iparnya masuk UM.

Dinner mlm ni saya masak ikan singgang + budu + petai saja..

Layannnnnnnn.....

Friday, August 29, 2014

Thursday, August 28, 2014

'OddorPerKurre'

Sekadar luahan rasa...walaupun hampir pasti tiada siapa yang akan mengerti..

~BakpeLarYangOddoSangat~

Tuesday, August 26, 2014

GST vs Serabut Perut!

Serabut perut?
Yesss.....
gst oh gst..migraine kepala hotak ni weh..

Skrg berada di wisma kastam port klang.
Urusan pendaftaran GST..
Sedang 'bertarung' dgn sistem online disini yang sungguh 'dokrok cetong' !!

Huh!!!!

Monday, August 25, 2014

'Gajet Dapur'

Akhirnya...
Dapat jugak saya merasa 'gajet dapur' saya yang terbaru ini..hahaha..ada ke gajet dapur?

Biar lambat asal mendapat jugak akhirnya..hehehe

So..senang ler skrg..dah tak perlu memasak air lagi...hanya perlu tekan saja. Panas ke sejuk ke semua dah tersedia kalau malas jugak tak tauler..ye dop??

Saturday, August 23, 2014

Weekend Vacation

Sekadar percutian 2 hari 1 mlm di sepang gold coast. Lari dari hiruk pikuk dan keserabutan kerja sekejap.

So...today is a gift..enjoy my life to the fullest!

~Love Is Feeling~

Krik..krik..krik..

Saturday, August 16, 2014

Surirumah Terdesak!

Alahai..sabtu yg membosankan!
Mr suami g library siapkan thesis dia. Mesti malam baru balik..huk aloh!

Ada beberapa jemputan rumah terbuka hari ni tapi seganla nak pergi sorang sorang tanpa mr suami..hehehe

Jadi...Tinggallah saya kat rumah je hari ni menjadi surirumah yang terdesak!

Krik..krik..krik..krik..

-ABU- buat muka mintak dimanjakan..haih..
~gambar sekadar hiasan..takde kena mengena dgn cerita di atas..hahaha~

Sunday, August 10, 2014

Korean Festival

Hari ni keluar berpeleseran dgn mr suami di sini..Pavilion KL.

Ada Korean Festival katanya hehehehe..takdelah menarik mana pun.

So..kami duk melepak kat Dome Cafe tu je sambil minum coffee.

~mata ngantuk weh..lps g open house trus dtg sini ~

Saturday, August 9, 2014

Jamuan Aidilfitri - my office

Alhamdulillah..hari khamis lepas selesai mengadakan kenduri raya peringkat office utk ini tahun hehehehe..

Menu sederhana sahaja tetapi meriah uolls...
Ada nasi minyak,sate,lemang,serunding,rendang ayam (saya yg bikin hahaha), buahan tempatan, jajan dari hamper raya dan sebijik cake utk birthday boss. Sambut utk dua org sekaligus hehehe..

Selamat menjamu selera ye uolss..

Thursday, August 7, 2014

Ketentuan Mu AdalahYang Terbaik!


Memetik kata kata seorg blogger..maaf saya terlupa siapa tapi kata katanya amat terkesan...

1. "Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak duit kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya"
2. "Jawapan utk yang bertanya " bila kah nak mengandung..bila nak ada anak" adalah sama seperti anda bertanya kepada diri anda sendiri iaitu ''bila kah aku akan mati?"

Lihat bukan..jawapannya mmg sama, tiada lebih tiada ter kurang!

Bukan kami tidak terfikir untuk mengambil anak angkat. Malah sudah ramai yang offer untuk memberi kami bayi  untuk kami jadikan anak angkat.Cuma, beri peluang pada kami berdua suami isteri untuk berusaha sehabis baik untuk dapatkan rezeki zuriat sendiri dengan apa cara sekalipun (perubatan moden dan tradisional, usaha TTC dan lain-lain lagi). Semoga Allah SWT berikan kesabaran, ketenangan jiwa dan melimpah ruahkan kasih sayang antara kami berdua.

Aminnnnnnnnnn...Ya Rabbal Alaminnnnnn...

Wednesday, August 6, 2014

Ketupat Rendang

Pagi ni saya bawak ketupat daun palas dan rendang ayam air tangan saya ke opis. Niat nak menjamu opismate.

Berebut rebut depa makan..hahahaha..mana yg tak sempat tu mintak mahapla ye..

Takpe..esok masih ada. Esok opis nak buat makan makan raya. Dan mcm biasa my task - buat rendang. Orait..mlm ni kena ready berperang kat dapur ye.

Alhamdulillah..kenyang brekpes pagi ni..

Tuesday, August 5, 2014

The Heirs

Serius..
Saya rindu dgn lakonan pasangan yg sama cantik sama padan ini..hehehe
Walaupun siri ini dah lama tamat di TV tapi saya tetap tidak jemu melayannya di layar kaca henpon saya ini..hehehehe..

Haish..kenapalah masa saya g Korea last year tak bertembung ngan depa berdua ni?? Hohoho..sila pitam!

Saya sangat suka kamu berdua..Kim Tan dan Cha Eun Sang! Anyong!!

~rasa mcm muda remaja je lagi jer bila duk melayan cerita cenggini..kehkehkeh~

'Cha Eun Sang & Kim Tan'
Kenangan ketika di Pulau Nami, Korea Selatan..ala ala Love Is Feeling..lagu dlm citer the heirs..
hehehe nak jugak haplod gambo time kat korea tempohari..kikikiki..

Monday, August 4, 2014

Dugaan

Dugaan sungguh time balik ke Shah Alam tempohari.

Tayar kereta kami pecah di area Lancang -LPT. Nasib baik mr suami tak bawak laju mr city ni huhuhuhu...

Nasib baik juga tayar spare pun OK cuma kena tambah angin je la kat petronas yang berdekatan....

Haih..bertabahlah..

Thursday, July 31, 2014

Rumah Pusaka AyahBonda

"Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lakumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi

Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal

Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, Pulanglah selalu"

~Ya Allah..serius saya hiba sangat bila dengar lagu ini..dendangan Ramlah Ram. Rasa kena sangat dengan diri saya dan rumah pusaka tinggalan ayahbonda yg tercinta.Inilah rumah tempat saya membesar. Dirumah ini jugalah arwah bonda menghembuskan nafas terakhir. Alfatihah utk ayah dan bonda ~

Tuesday, July 29, 2014

Durian & Petai Di Aidilfitri

Hahaha..tajuk entry yg x hengat khennnn...

Kunjungan raya kami ke Dungun hari ini bagai bulan jatuh ke riba. Yahoo..saya dan suami memang hantu durian dan petai. Alhamdulillah rezeki ini memang kami takkan tolak. Muntah durian dan petailah kami hari ini..hahahaha..

Sila makan sampai lebam! Hohoho..

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir batin..
Kami bercuti selama seminggu di Terengganu..
Woohooo!!

Sunday, July 27, 2014

Rendang Ayam Saya

Sehari sebelum raya inilah aktiviti saya di kampung halaman..hehehe

Sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkan 4 ekor rendang ayam..

Mr suami pun bersemangat tolong kacau dan jaga apinya..maklumlah kami guna dapur kayu..tradisional sungguh kan kehkehkeh..

Uihh...Tak sabar nak menikmatinya time berbuka nanti..

Selamat berbuka puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri..maaf zahir batin ya..

Saturday, July 26, 2014

Balik Kampung!

Aduh..
Kalau jem lagu gini...mau mlm nanti baru sampai kg saya...huhuhu..

Lokasi gambar : highway karak..

Bertabahlah.....krik..krikk..krikkk

Wednesday, July 23, 2014

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..
Ini adalah rezeki Aidilfitri ini tahun..
Terima kasih byk byk ye Boss
Semoga rezeki boss senantiasa murah supaya rezeki kami juga murah..
Ngeeeeeee...
~sengih sampai ke petang semua dak opis ari ni ~

Krabi..Summer Vacation

Cerita dah basi pun tapi tak kira..saya nak cerita jugak.

Percutian ke Krabi ini telah berlangsung dgn jayanya pada bulan Oktober 2013..hehehe

Walaupun hanya 3 hari sahaja berada di sana tapi bagi saya itu sudah memadai kerana saya bukanlah seorg penggemar aktiviti pantai jauh sekali utk bermandi manda mahupun snorkelling. Hanya mr suami yang sudi bersnokelling di pulau Phi Phi yg cantik itu sementara saya lebih rela menjadi pemerhati tegar.

Ditambah lagi dgn keadaan cuaca panas yg agak ekstrem ketika saya mengunjungi pulau terbabit. Mulalah rasa tak selesa..rimas..belengas.Rasa mcm terbakar kulit. Boleh pulak terlupa nak tepek sunblock..haih...tertinggal kat hotel sebenornya...

Bab mkn usah risau sebab berlambak restoran/gerai yg menyediakan makanan halal. Cuma atas kerelaan diri sendiri lah samada sudi atau tidak sudi menjamahnya.

Saya tidak melepaskan peluang mencuba menu padthai di sini. Alhamdulillah..restoran yg saya pilih itu menyediakan padthai yg sedap dan lazat..hehehe. Cuma saya tidak dpt merasa keenakan lempeng pisang yg di gembar gemburkan sedap yg dijual di gerai yg bersepah sepanjang jalan di pantai Aonang itu. Bukan apa..tekak ni kembang bila melihat aspek kebersihan para peniaga gerai yg amat kurang memuaskan..huhuhu

Tahap keseronokan bercuti di sini bagi saya biasa biasa saja. Pendek kata tak terlintas pun di fikiran ni utk berkunjung lagi buat kali yg ke dua. Uh uh uh...

Cuma mungkin saya akan merindui tomyamnya yang super duper sedap itu..ngeh..ngeh..