Thursday, March 21, 2013

Road To Beijing 2012













Ni cerita dah basi
tapi saja saya nak abadikan jugak dalam blog saya yang tidak seberapa ini..
ini trip ke Beijing, China bulan Oktober tahun lepas.
Dianjurkan sepenuhnya oleh syarikat tempat saya mencari makan.
tak banyak gambar yang saya uploadkan disini
hanya beberapa gambar yang saya rasakan istimewa.tang mana istimewa tu saya pun tak tahu hokeh! Gila ah nak uploadkan semua gambo yang beribu ribu keping itu khen...
yang pasti saya dan mr suami amat seronok disini. Jua rakan -rakan sekerja yang saya rasa mereka jua berseronok disini..hehehe
oh ya..percutian ini juga disertai oleh tiga ketul Boss Boss saya itu berserta family mereka jua.
so..adatlah kan..depan Boss takkan saya dan bebudak lain nak wat perangai tak senonoh dan sesuka hati di bumi komunis ni..hehe..so always cover line hahahaa

Percutian selama 5 hari 4 malam itu kami manfaatkan sepenuhnya walopon mengalami kesukaran dalam berkomunikasi dengan warga Beijing yang langsung tidak mahu mencuba untuk berbahasa inggeris. Situasi perbualan kami seperti ayam & itik sudah menjadi lumrah ketika kami di Beijing. Jangan terkejut ya..pramugari & pramugara mereka ( Air China ) jua tidak pandai berbahasa inggeris. Time dlm flight tu saya mengamalkan bahasa isyarat masa mintak selimut/bantal dan sistem tunjuk makanan yg saya berkenan dlm troli mereka itu ketika ditanya mereka. untuk makluman, mereka bertanya kepada kita dalam bahasa cina hokeh..huhuhu..camane tuh...

Di Restoran pulak..mintak air dapat sudu. mintak sudu dapat tisu. yang paling best mintak telur dapat daging itik panggang..wah untung kannnn... 
tapi time shopping di kompleks membeli belah jangan terkejut jika mendapati ada segelintir peniaga yang boleh berbahasa melayu
dan urusan membeli belah di sini memang lancar kerana kebanyakan jurujual pandai berbahasa inggeris.
Membeli dan membelah pun kami usahakan sehingga ke matawang Yuan yang terakhir. nasib baik masa last day kat eport Beijing tu masih berkesempatan untuk lunch dengan sisa sisa Yuan yang ada bagai tiada dalam dompet saya ini..hehehe

selamat tinggal Beijing..segala kenangan manis & pahit tetap terpahat diingatan.
insyaallah bulan Mei tahun ni saya dan mr suami akan bercuti ke Prague, Republic Chezh & Vienna, Austria.
ha..yang ni office trip by mr suami punya office pulak..hehehe
so..misi saya dalam dua bulan dari sekarang adalah mengumpul 'harta' demi memenuhi kehendak dan napsu untuk membeli dan membelah kat bumi Europe ni pulak..

Prague & Vienna...mu tunggu aku datang ye!

adios, amigor, roger & out!

# cuma satu je part yg paling saya lemah kat Beijing ni..Disamping tak banyak yang ada kunci dari dalam kalau adapun dah cacat anggota, tandas mereka tiada air. tisu banyak ler..mereka cuma main lap lap je. huhuhu. pandai pandailah kita ambik air kat sinki luar tu ye sebelum masuk tandas. so sila stand by botol kosong time nak melepaskan hajat di bumi Beijing ini ye..hehehe #









No comments:

Post a Comment