Wednesday, October 23, 2013

Krabi vs Korea




KRABI, THAILAND?
Sawadikkappp...
uikkss...Korea pun blom sampai lagi ni nak pegi Krabi pulak?
hehehe..Alhamdulillah..inilah namanya rezeki
saya pun tak sangka..
Insyaallah.. lusa saya dan mr suami akan berangkat ke Krabi
cuti cuti cinta mood..euuww...hihihihi
Kami akan berada disana selama 3 hari 2 malam je
cukuplah tu kan..hehe
lagipun saya ni bukannya seorang penggemar tegar aktiviti pantai pun
saya cuma suka termenung je kat tepi pantai tu..hehe

Yang sebenarnya
saya tidak sabar untuk ke Korea bulan Disember ni
tidak sabar untuk menikmati winter sonata disana..menyemai cinta dan kasih  ngan mr suami..chewah..
tidak sabar untuk berguling guling dia atas salji ( macamlah saya ni tahan sejuk..huhuhu..semput weh)
PALING PENTING..
siapa tahu..mungkin saya dapat berjumpa ngan So Ji Sub nanti..hohohoho..ini adalah mamat korea yg pertama yang berjaya mencurik hati saya ini..hik hik hik..mr suami sila jangan jeles ye..
berangan tak hengat saya ni khennnnn...hohoho

ok..pepehal pun kita pegi satu satu ye..hehehe
Krabi..mu tunggu aku datang ye..

Thursday, September 19, 2013

Korea...mu tunggu aku datang!

whoaaa...
tajuk entry kali ini memang tak hengat khennnn....
hikhikhik..
gambo pegi Europe ari tu pun blom abis upload lagi tapi dah kecoh nak g Korea pulok doh..hehehe..
Insyaallah..trip winter sonata selama seminggu utk kami laki bini akan bermula pada 23 Disember 2013..
wuhuuuu...lambat lagi..tapi..biasa ah..excited terlebih kikikiki..
so ..tungguuuuuu....

#masa di europe suhu 5°C pun saya rasa dah hilang deria rasa ni kan pulak time
winter..wuhuuuu...camnelah agaknya.Misi membuat survey winter coat yg berpatutan sdg rancak berjalan..hehehe #

Wednesday, August 28, 2013

Momen Indah Di Europe Part 1 ( Prague & Vienna )


Whoaaa...lama menyepi tidak bermakna blog ini sudah gone with the wind hehe..tapi sedikit bersawanglah agaknya ye..
Hehehe..
kenapa momen indah ini diklasifikasikan sebagai part 1?
sebab tak sempat weh nak upload gambo gambo yg banyak ini..
biarkan hanya gambo yang bercerita..hokeh..
ada masa saya upload lagi gambo gambonya ye..








Wednesday, April 10, 2013

Prague & Vienna..Mu Tunggu Aku Datang!


PRAGUE atau juga dikenali sebagai Praha, adalah ibu negara dan bandar terbesar Republik Czech. Bandar raya yang didiami lebih dua juta penduduk itu juga unik kerana diapit empat negara lain iaitu Poland, Jerman, Slovakia dan Austria. 

Vienna pula adalah ibu negara Austria, dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria. Vienna adalah bandar utama Austria. Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. 

* semua ayat ayat diatas saya kopy paste kat mr google je ye..heheh *

 Prague, Republik Czech

Vienna, Austria 

sekarang saya berada dalam keadaan vacation mood..hahaha..lambat lagi nak pegi tapi dan siap vacation mood bagai..poyo betul ah keh keh keh..

20/5/2013 till 27/5/2013..
duk menghitung hari nak terbang ke negara eropah timur ini..
tinggal lebih kurang sebulan lebih je lagi hehehe
semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami disana nanti..amin insyaallah..

# tgh mindset dlm kepala hotak ni..pegi sana nanti kena kawal napsu agar tidak shopping sakan...berpada berpada sahaja..maklumlah berapa ketul  sgtla nilai RM kita ni bile diconvertkan to Euro..ish..seram wei..#


Thursday, March 21, 2013

Road To Beijing 2012













Ni cerita dah basi
tapi saja saya nak abadikan jugak dalam blog saya yang tidak seberapa ini..
ini trip ke Beijing, China bulan Oktober tahun lepas.
Dianjurkan sepenuhnya oleh syarikat tempat saya mencari makan.
tak banyak gambar yang saya uploadkan disini
hanya beberapa gambar yang saya rasakan istimewa.tang mana istimewa tu saya pun tak tahu hokeh! Gila ah nak uploadkan semua gambo yang beribu ribu keping itu khen...
yang pasti saya dan mr suami amat seronok disini. Jua rakan -rakan sekerja yang saya rasa mereka jua berseronok disini..hehehe
oh ya..percutian ini juga disertai oleh tiga ketul Boss Boss saya itu berserta family mereka jua.
so..adatlah kan..depan Boss takkan saya dan bebudak lain nak wat perangai tak senonoh dan sesuka hati di bumi komunis ni..hehe..so always cover line hahahaa

Percutian selama 5 hari 4 malam itu kami manfaatkan sepenuhnya walopon mengalami kesukaran dalam berkomunikasi dengan warga Beijing yang langsung tidak mahu mencuba untuk berbahasa inggeris. Situasi perbualan kami seperti ayam & itik sudah menjadi lumrah ketika kami di Beijing. Jangan terkejut ya..pramugari & pramugara mereka ( Air China ) jua tidak pandai berbahasa inggeris. Time dlm flight tu saya mengamalkan bahasa isyarat masa mintak selimut/bantal dan sistem tunjuk makanan yg saya berkenan dlm troli mereka itu ketika ditanya mereka. untuk makluman, mereka bertanya kepada kita dalam bahasa cina hokeh..huhuhu..camane tuh...

Di Restoran pulak..mintak air dapat sudu. mintak sudu dapat tisu. yang paling best mintak telur dapat daging itik panggang..wah untung kannnn... 
tapi time shopping di kompleks membeli belah jangan terkejut jika mendapati ada segelintir peniaga yang boleh berbahasa melayu
dan urusan membeli belah di sini memang lancar kerana kebanyakan jurujual pandai berbahasa inggeris.
Membeli dan membelah pun kami usahakan sehingga ke matawang Yuan yang terakhir. nasib baik masa last day kat eport Beijing tu masih berkesempatan untuk lunch dengan sisa sisa Yuan yang ada bagai tiada dalam dompet saya ini..hehehe

selamat tinggal Beijing..segala kenangan manis & pahit tetap terpahat diingatan.
insyaallah bulan Mei tahun ni saya dan mr suami akan bercuti ke Prague, Republic Chezh & Vienna, Austria.
ha..yang ni office trip by mr suami punya office pulak..hehehe
so..misi saya dalam dua bulan dari sekarang adalah mengumpul 'harta' demi memenuhi kehendak dan napsu untuk membeli dan membelah kat bumi Europe ni pulak..

Prague & Vienna...mu tunggu aku datang ye!

adios, amigor, roger & out!

# cuma satu je part yg paling saya lemah kat Beijing ni..Disamping tak banyak yang ada kunci dari dalam kalau adapun dah cacat anggota, tandas mereka tiada air. tisu banyak ler..mereka cuma main lap lap je. huhuhu. pandai pandailah kita ambik air kat sinki luar tu ye sebelum masuk tandas. so sila stand by botol kosong time nak melepaskan hajat di bumi Beijing ini ye..hehehe #









Friday, March 15, 2013

Sensitif Kah Aku?


"‎'Mengapa mesti membiarkan orang lain yang menentukan kebahagiaan hidup kita'
kebahagiaan saya adalah hakmilik saya yang mutlak!
Tidak perlu ada orang lain yang 'tolong merasa sangsi' dan 'tolong merasa kasihan a.k.a tukang sibuk' dengan kekurangan hidup saya.
PERCAYALAH..walaupun hidup saya mungkin tidak sesempurna kalian tapi saya LEBIH BAHAGIA daripada kalian semua.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
#tajuk pelajaran sivik hari ini :Sila jaga tepi kain batik sendiri yg koyak barai #"





Thursday, March 14, 2013

Luahan Hati Di Hari Khamis



Jangan sesekali kata kami tak berusaha. Atau meminta kami berusaha lebih keras.Sejauh mana kamu tahu usaha kami.Ya. Katalah apa saja. Cerca lah apa saja.Hakikatnya.Yang melalui saja yang memahami.Sekian...

Friday, February 1, 2013

Assalamualaikum 2013!

Entry pertama di tahun 2013.
Dasatnya aku sebagai seorang Blogger yang tidak tegar!
masakan tidak..entry hanya dibuat setahun sekali..hehehe itu merujuk kepada entry aku ditahun 2012 ya!
haih..ikutkan hati terlalu banyak yang ingin dikongsi
akan tetapi, terlalu banyak juga yang tidak manis untuk dikongsi di sini..
semenjak ada FB dan instagram aku seakan..ah bukan seakan..memang malas nak update blog
tu aku tak pandai lagi nak bertwitter..kalau dah pandai nanti lagi parah tu..hehehe
lagila berhabuk blog aku ni..tak pun dah boleh masuk arkib negara keh keh.

Tahun baru 2013 dah sebulan berlalu..
aku harap tahun ini akan menjanjikan seribu kebahagiaan buat aku & mr suami
terima kasih buat mr suami yang setia di samping aku disaat susah senang aku, yang menenangkan aku disaat perasaan aku tersayat angkara 'kata-kata manis' org sekeliling, yang memahami dan menerima seadanya siapa aku dengan segala pakej kekurangan aku ini...terima kasih sayang!

hokeh..nanti aku hapdet lagi ya..
masa sudah time!

adios, amigos, roger & out!
Great Wall of China : Kenangan kami ketika bercuti di  Beijing tahun lepas :)