Monday, September 13, 2010

Al-Fatihah Buat Bonda Tercinta..


Allahyarhamah Teh Binti Jusoh ( 1936 - 1997 )


Hari ini 13hb September, genap 13 tahun arwah bonda meninggal dunia.

Bonda tersayang..yang mesra dengan panggilan ' Cik ' bagi anak-anaknya..

sehingga kini..masih terbayang-bayang akan kasih sayangnya..

masih tergiang-giang akan suara & nasihatnya..

Cik...masih segar segala memori bersamanya..

seorang ibu yang lemah lembut dan penyayang pada semua anak-anaknya..lebih-lebih lagi pada aku sementelah aku yang menjadi bongsu apabila adik ku meninggal dunia.

Cik meninggal kerana serangan angin ahmar..

namun aku bersyukur kerana sempat menjaga beliau sepanjang 2 tahun beliau tidak sihat akibat serangan angin ahmar tersebut.

walaupun begitu..aku tahu itu semua belum dapat membalas jasa bondaku selama membesarkan aku...

hingga kini..aku masih merindukan belaian kasih sayangnya,masakannya,senyumannya dan segala-galanya tentang dia..kalaulah boleh aku putarkan kembali saat-saat bahagia aku dengannya..

kini 13 tahun sudah berlalu...

moga cik damai di SANA..

moga roh bondaku ditempatkan dikalangan orang-orang yg diredhai ALLAH s.w.t..

AMIN...

No comments:

Post a Comment