Monday, September 13, 2010

Al-Fatihah Buat Bonda Tercinta..


Allahyarhamah Teh Binti Jusoh ( 1936 - 1997 )


Hari ini 13hb September, genap 13 tahun arwah bonda meninggal dunia.

Bonda tersayang..yang mesra dengan panggilan ' Cik ' bagi anak-anaknya..

sehingga kini..masih terbayang-bayang akan kasih sayangnya..

masih tergiang-giang akan suara & nasihatnya..

Cik...masih segar segala memori bersamanya..

seorang ibu yang lemah lembut dan penyayang pada semua anak-anaknya..lebih-lebih lagi pada aku sementelah aku yang menjadi bongsu apabila adik ku meninggal dunia.

Cik meninggal kerana serangan angin ahmar..

namun aku bersyukur kerana sempat menjaga beliau sepanjang 2 tahun beliau tidak sihat akibat serangan angin ahmar tersebut.

walaupun begitu..aku tahu itu semua belum dapat membalas jasa bondaku selama membesarkan aku...

hingga kini..aku masih merindukan belaian kasih sayangnya,masakannya,senyumannya dan segala-galanya tentang dia..kalaulah boleh aku putarkan kembali saat-saat bahagia aku dengannya..

kini 13 tahun sudah berlalu...

moga cik damai di SANA..

moga roh bondaku ditempatkan dikalangan orang-orang yg diredhai ALLAH s.w.t..

AMIN...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua..

Maaf zahir Batin ye..

tahun ni turn raya kat kampung mr suami...

hehehe..sebenornya semenjak dari awal kahwin dulu memang setiap tahun raya pertama tu kat umah dia..huhuhu..ye lah..kan ke aku ni ..anak yatim piatu..uwwaaaaaa..

sebab tu lah asik dia je konker...tiap-tiap tahun first raya mesti kat kg dia..KG BUKIT DIMAN..

raya ke 2 barulah kami pegi beraya kat umah adik beradik aku laks kat Dungun...disamping melawat pusara ayahbondaku yg tercinta...

dlm 2-3 hari lepas tu baru kembali balik ke kg dia..hmm..bile dpt peluang aku raya sakanlah hehehe..

tahun ni kami amik cuti dalam seminggu lebih jugaklah..nak raya puas-puas..

selamat hari raya ye...

selamat makan sepuas-puasnya ketupat rendang semua tu..

adios,amigos,roger & out!!

Wednesday, September 1, 2010

Sudah 10 Tahun..

Hari ini, 1hb september 2010..genap 10 tahun usia perkahwinan kami..

syukur alhamdulillah..rumahtangga kami tidak pernah dilanda badai..

semenjak mula kahwin kami tidak pernah berenggang..hehehe....( kecuali kalo mr suami out station ler..huhuhu)

kepada mr suami yang tersayang...

terima kasih kerana menerima diri ini seadanya...

terima kasih kerana menerima segala pakej kekurangan diri ku ini..

terima kasih kerana tidak jemu-jemu mendengar celoteh isterimu ini..

terima kasih atas segala-galanya...

semoga rumahtangga kita ini senantiasa diberkati ALLAH

semoga rumahtangga kita ini berkekalan sehingga kehujung nyawa...

dan..

dengan izin ALLAH..semoga 'rezeki' itu akan tiba jua...

aminn...