Sunday, June 20, 2010

Al-Fatihah Untuk Ayahandaku....

Allahyarham Wok Bin Ahmad ( 1914 - 20/06/1999 )


Hari ni tanggal 20hb June...genap 11 tahun ayahanda tercinta Wok Bin Ahmad..meninggalkan aku...

masih terbayang segala-galanya kenangan bersama beliau....

AYAH....

seorang yang tegas & garang tapi penyayang kepada anak cucu cicitnya.....

kalau hitam katanya ..hitamlah..kalau putih..putihlah jadinya..

tapi garang ayah garang yg bertempat..

tegas ayah tegas yang sepatutnya kepada anak-anaknya...

kerana ketegasan & disiplin dirinya itulah kami 12 beradik BERJAYA menjadi manusia hari ini...

kerana didikan beliaulah..kami anak-anaknya tahu membezakan mana yg baik mana yang buruk...

Ayah meninggal dunia diusia 85 tahun setelah 3 hari terlantar di Hospital Dungun.

ironinya...

ayah meninggal hanya berselang 3 hari dgn kematian abangnya yg mesra ku panggil Pok Nik.

ternyata ayah mengalami kemurungan & tekanan perasaan yg melampau lantaran pemergian satu-satunya abang dlm hidupnya. Ayah tiba-tiba menjadi pendiam, sugul dan mula lemah....mulutnya tidak lekang dari bercerita mengenai kenangan bersama abangnya itu.

sememangnya mereka tidak pernah berenggang sedari kecil sehinggalah masing-masing sudah bercucu-cicit...

Doktor mengesahkan kematian adalah disebabkan oleh kerosakan yg teruk pada paru-paru ayah yg mana semua anak-anak tahu ayah seorang perokok tegar...

hmm..itu hanyalah penyebab....hakikatnya sebelum ini sakit ayah jauh lebih teruk dan pernah dimasukkan ke hospital lebih dari sebulan ...

dan kami berserta anak-anak pok Nik sama sekali tidak menduga ayah akan mengikuti jejak langkah abangnya hanya dlm masa 3 hari....

kini 20hb june datang lagi.....genap sudah 11 tahun pemergian ayah...

dan yg menghibakan aku...hari ini adalah 'hari bapa'.....

beruntunglah bagi mereka yg masih lagi mempunyai bapa...kasihilah & sayangilah mereka selagi masih mereka ada...

semoga arwah ayah tenang di SANA...dan dirahmati serta ditempatkan dikalangan org-org yg Di redhai Allah SWT.

al-fatihah buat Ayah & Pok Nik...AMIN....

dan...tidak lupe..selamat hari bapa kepada ayahanda mertua ku.....Taib Bin Yaacob yang berada di Kg Bkt Diman, Ajil, Terengganu.....

*mr suami & aku dah awal-awal lagi belikan hadiah sempena hari bapa buat ayahanda mertua ku itew...hehehehe........

No comments:

Post a Comment