Thursday, June 10, 2010

26 Tahun Berlalu..Al-Fatihah Untuk Adikku



Allahyarham amir a.k.a Safaraju...1979-1984



Kenangan Silam Antara Aku & Arwah.....

Hari ni tanggal 10hb.June....aku nak bercerita mengenai arwah adik ku.aku sebenarnya ada seorang adik lelaki.nama panggilan manjanya AMIR.kalau dia masih ada dia dah berumur 31 tahun sekarang.namun Allah lebih menyayangi dia.Dia dijemput Ilahi ketika usianya 5 tahun.aku ingat lagi tarikh itu...10hb. June 1984..senja ramadhan..tarikh yg sama pada hari ini 26 tahun dulu...berlaku satu tragedi yang pahit dalam keluarga aku.

Kehilangan anak bongsu dalam keluarga..cukup membuatkan hati kedua ibu bapaku hancur..kehilangan adik yang paling manja dlm keluarga cukup membuatkan hati abang & kakakku pilu sepilu-pilunya....


aku pula dikala itu baru berusia 9 tahun...walaupun adik ku ini selalu bergaduh dan cari pasal denganku ( biasalah bebudak kan... ) tapi disaat menerima khabar kematian ini aku jua meraung kesedihan...


Senja ramadhan itu merupakan senja berdarah buat kami sekeluarga. amir lemas di sungai berhampiran rumah kami ketika bermain bersama rakan-rakan sekampung.


kehilangannya hanya disedari setelah hampir waktu berbuka. Abang aku terpandang baju & selipar adikku itu ada di tebing sungai dan dia mula mengesyakki sesuatu yang buruk telah berlaku. dan tekaannya itu ternyata benar.


malam itu, di tebing Sungai Dungun orang kampung mula berkumpul. ada yang menjadi sukarela menyelam ke dalam sungai. ada juga yang mengemudi bot untuk melengkapkan lagi pencarian. dan pasukan penyelamat bomba & polis turut serta mengetuai misi pencarian.


akhirnya jam 4.30 pagi jenazah adik ku ditemui terapung dalam keadaan berdiri tidak jauh dari tempat beliau lemas.arwah ayahku ketika itu menjadi orang yang paling sedih hingga terpaksa ditenangkan oleh anak-anak yang lain.arwah ibuku pula hanya mampu meratap satu kehilangan yang amat pahit untuk diterima sementelah 8 tahun sebelum itu kakak aku juga pergi meninggalkan kami di kala usianya 4 tahun.kakak yg tidak sempat aku ingati & kenali wajahnya kerana usiaku ketika itu baru setahun...dan kini..adikku pula yg menyusul..hati ibu mana yang tak hancur..kehilangan dua anak kecil yang begitu keletah dan manja dgn keluarga...Begitu pun kami redha dgn ketentuanNya...


apa yang aku ingat selepas amir pergi sambutan hari raya aidilfitri tahun itu muram semuram-muramnya.


dan kini....26 tahun telah berlalu.namun ingatan pada arwah adik tidak pernah pudar...damailah kau di SANA wahai adikku...amir atau nama sebenarnya Safaraju Bin Wok...al fatihah..





No comments:

Post a Comment